Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Tanah runtuh: IWK ambil langkah mitigasi di loji rawatan kumbahan | Scoop

Tanah runtuh: IWK ambil langkah mitigasi di loji rawatan kumbahan

Usaha pembersihan telah bermula pada Ahad (17 Dis) dan apabila siap, kumbahan mentah akan dialihkan ke ruang masuk, diikuti dengan proses rawatan

4:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd telah mengambil langkah mitigasi segera di Loji Rawatan Kumbahan (STP) IWK di Taman Wawasan, Puchong susulan tanah runtuh baru-baru ini berikutan hujan lebat Sabtu lepas.

Menurut kenyataan hari ini, selepas kejadian itu IWK mengambil tindakan serta-merta untuk mengalirkan air banjir lumpur yang membanjiri STP terjejas, yang menyebabkan kerosakan pada saluran paip pembetung IWK di dalam kawasan itu.

“Usaha pembersihan telah bermula pada Ahad (17 Dis) dan apabila siap, kumbahan mentah akan dialihkan ke ruang masuk, diikuti dengan proses rawatan,” menurut kenyataan itu.

IWK memaklumkan syarikat berkenaan kekal komited kepada mandatnya untuk memastikan kumbahan dirawat dengan berkesan dan cekap bagi melindungi kesihatan awam dan menyediakan persekitaran yang lebih sihat dan selamat buat semua rakyat Malaysia.

Pada 16 Dis, berlaku insiden tanah runtuh di Jalan Wawasan dan susulan kejadian itu, penduduk terpaksa mengosongkan kediaman mereka, manakala aset IWK berdekatan mengalami kerosakan teruk. – 21 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related