KUALA LUMPUR — Platform X, yang dulunya dikenali sebagai Twitter, mengalami gangguan di seluruh dunia bermula kira-kira 1.45 petang waktu tempatan, demikian menurut laman web Downdetector.com.
Pengguna di X, tidak boleh melihat hantaran-hantaran di laman sosial media berkenaan dan hanya tertulis perkataan ‘’Welcome to X!’’.
Malah, pengguna juga berdepan dengan isu untuk akses kepada X.
Bagaimanapun X kembali pulih pada 2.44 petang, iaitu selepas sejam mengalami gangguan. – 21 Disember, 2023