Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Mayat lelaki jatuh Jambatan Tendong sejak Selasa ditemukan pagi tadi | Scoop

Mayat lelaki jatuh Jambatan Tendong sejak Selasa ditemukan pagi tadi

PDDA Bomba Kelantan berkata mangsa dijumpai 15 minit selepas operasi hari ini bermula jam 9 pagi tadi

12:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mayat seorang lelaki yang terjatuh dari Jambatan Tendong, Pasir Mas, Kelantan pada Selasa lalu, telah ditemui pada 9.15 pagi tadi. 

Pasukan Penyelamat di Air (PDDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan berkata, mayat lelaki berusia 30 tahun itu telah ditemui susulan operasi mencarinya yang disambung pada pagi tadi tadi. 

“Operasi pencarian pada hari ini telah bermula pada jam 9.00 pagi dan menemukan mayatnya 15 minit selepas itu. 

“Operasi pencarian itu diketuai oleh Komander Operasi Kanan Ahmad Fakaruddin Berahim,’’ kata Bomba dalam kenyataan di sini hari ini. 

Bomba Kelantan pada Selasa lalu, kira-kira jam 2.55 petang, telah menerima laporan mengenai seorang lelaki berusia 30 tahun yang dilaporkan telah terjatuh ke dalam sungai dari Jabatan Tendong. 

Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat telah digerakkan oleh sepasukan Bomba dari Balai Bomba Penyelamat Tunjung dan Wakaf Bharu selain turut melibatkan Unit Khas PPDA. 

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis,” katanya. – 21 Disember, 2023 

Topics

 

Hangat

Related