Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Kes aktif varian Omicron bergejala ringan: Pakar perubatan | Scoop

Kes aktif varian Omicron bergejala ringan: Pakar perubatan

Individu yang positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin kendiri tidak perlu menyambung pengasingan selepas hari kelima walaupun ujian keputusan masih positif

4:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jangkitan Covid-19 oleh varian Omicron setakat ini tidak ganas dan kebanyakan kes aktif bergejala ringan, menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan (KKM) Dr Tan Seok Hong.

Beliau berkata kes Covid-19 dijangka berkurangan selepas satu bulan berdasarkan pemerhatian trend jangkitan virus oleh KKM.

“Walaupun kes boleh meningkat lagi dalam masa terdekat, tapi dalam empat hingga enam minggu akan turun.

“Sebelum ini pernah berlaku peningkatan kes tapi berdasarkan pemerhatian, kes akan turun selepas satu bulan,” katanya ketika menjadi tetamu program Jendela Fikir ‘Covid-19: Lindungi Golongan Berisiko Tinggi’ terbitan Bernama Radio hari ini.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga ketika musim cuti persekolahan dan perayaan ini.

Katanya, individu yang positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin kendiri tidak perlu menyambung pengasingan selepas hari kelima walaupun ujian keputusan masih positif dan menurutnya KKM akan mengeluarkan garis panduan berkenaan dos penggalak ketiga dalam masa terdekat.

“KKM akan mengeluarkan garis panduan berkenaan dos penggalak ketiga tidak lama lagi. Buat masa ini, ambil langkah berjaga-jaga yang telah diterangkan sehingga panduan diberikan tentang dos penggalak,” katanya. – 20 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related