Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Lelaki tidak akan ‘mati pucuk’ dengan vasektomi tapi mungkin sukar dapat anak | Scoop

Lelaki tidak akan ‘mati pucuk’ dengan vasektomi tapi mungkin sukar dapat anak

Vasektomi adalah prosedur ringkas dan ia juga merupakan kaedah merancang keluarga selain kaedah kontrasepsi yang berisiko kepada kesihatan

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Proses vasektomi atau kaedah pemandulan tidak akan mengakibatkan lelaki mati pucuk namun kaum lelaki yang melakukannya berkemungkinan besar tidak akan dapat mempunyai anak lagi.

Vasektomi merujuk kepada pembedahan kecil yang dilalui oleh lelaki pada usia antara 33 hingga 44 tahun untuk mencegah kehamilan dengan melalui proses memotong saluran sperma dalam alat kelamin lelaki bagi menghalang persenyawaan sperma semasa ejakulasi.

Bagaimanapun kata Pakar Bedah Klinikal Urologi, Jabatan Urologi, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Aizat Sabri Ilias, lelaki yang telah menjalani vasektomi boleh menjalani semula pembedahan mikrosugeri.

Pembedahan itu, katanya ialah dengan menyambung kembali saluran sperma yang telah dipotong kepada keadaan asal.

“Pembedahan mikrosurgeri itu boleh mencapai kadar kejayaan antara 50-hingga 70% namun peratusan itu akan menurun jika berdurasi panjang antara vasektomi dan keputusan pembedahan mikrosurgeri.

“Bagi lelaki yang ingin melakukannya, mereka perlu mengetahui risiko vasektomi iaitu sifatnya yang hampir kekal, jangkitan kuman di kawasan pembedahan dan epidermis, sindrom kesakitan dan kegagalan vasektomi,’’ katanya di sini.

Beliau turut menyatakan, vasektomi adalah prosedur ringkas dan ia juga merupakan kaedah merancang keluarga dan mengurangkan beban isteri untuk mengambil kaedah kontrasepsi yang berisiko kepada kesihatan serta kehamilan yang dikhuatiri boleh membahayakan kesihatan.

Bagaimanapun dari aspek agama Islam, Ketua Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam, UPM, Alzasha Illiyyin Zainal Alam berkata, secara prinsipnya Islam mengharamkan pemandulan dan ia dapat difahami daripada beberapa keterangan nas.

“Antaranya larangan Nabi SAW kepada sahabat untuk hidup membujang.

“Perbuatan memandulkan diri dengan sengaja boleh dianggap mengubah fitrah ciptaan Allah dan memudaratkan diri sendiri,’’ katanya.

Tambahnya, bagaimanapun kaedah pengecualian boleh diberikan dalam kes-kes darurat yang perlu ditimbang dengan ukuran yang pemandulan.

“Dibolehkan pemandulan atas alasan kesihatan atau selainnya bagi tempoh tertentu, dengan syarat kemampuan untuk reproduksi itu kekal dan boleh digunakan kembali apabila masa berlalu,’’ katanya. – 20 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related