Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Mayat warga emas ditemukan terdampar di tebing pasir Sungai Kedah | Scoop

Mayat warga emas ditemukan terdampar di tebing pasir Sungai Kedah

Mayat mangsa yang lengkap berpakaian tanpa identiti pengenalan diri itu dipercayai bersangkut dengan laporan orang hilang yang diterima polis semalam

4:18 PM MYT

 

ALOR SETAR – Mayat seorang lelaki warga emas ditemukan terdampar di tebing pasir Sungai Kedah berhampiran kawasan Ampang Jajar, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, polis sebelum itu telah menerima laporan berhubung kehilangan mangsa yang berusia 62 tahun itu, semalam.

“Pada pukul 9 pagi tadi, pihak polis Kota Setar yang membuat pemantauan di sekitar Sungai Kedah di kawasan Ampang Jajar telah menemukan satu mayat yang terdampar di tebing pasir sungai berkenaan berdekatan Restoran Ampang Bay.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah membantu membawa naik mayat mangsa dari tebing pasir sungai ke kawasan daratan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa yang lengkap berpakaian tanpa identiti pengenalan diri itu dipercayai bersangkut dengan laporan orang hilang yang diterima polis semalam.

“Ini berdasarkan pengecaman oleh waris mangsa yang turut berada di lokasi penemuan mayat. Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, di sini untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – 19 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related