Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Ibu kepada remaja yang hilang dari asrama buat laporan polis | Scoop

Ibu kepada remaja yang hilang dari asrama buat laporan polis

Ibu kepada pelajar itu berkata, anaknya semakin pulih dan sudah bersedia untuk beri keterangan kepada pihak polis sekiranya diperlukan

3:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ibu kepada pelajar lelaki sebuah sekolah berasrama penuh di Cheras yang melarikan diri kerana dikatakan tidak tahan dibuli, hari ini membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Beliau berkata laporan polis dibuat di Pondok Polis Hospital Cancelor Tuanku Muhriz (HCTM) di sini pada pukul 11.16 pagi.

“Saya buat laporan polis secara berseorangan kerana anak saya masih menerima rawatan di HCTM. Anak saya semakin pulih, dan sudah bersedia untuk beri keterangan kepada pihak polis sekiranya diperlukan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan polis berkenaan.

Pada 8 Disember lepas seorang pelajar sekolah berumur 14 tahun di Cheras ditemukan dalam keadaan lemah oleh ibu bapanya dan guru sekolah di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak, beberapa jam selepas dilaporkan hilang dari asrama. – 19 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related