Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Protes di NYC desak gencatan senjata ketika angka korban di Gaza hampiri 20,000 orang | Scoop

Protes di NYC desak gencatan senjata ketika angka korban di Gaza hampiri 20,000 orang

Penunjuk perasaan melaungkan ‘bebaskan Palestin’ ketika berarak di luar Pennsylvania, sepanjang 7th Avenue di New York City

9:53 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Protes besar-besaran membantah kekejaman Israel ke atas penduduk Palestin telah diadakan di New York City, dengan penunjuk perasaan menggesa gencatan senjata dilaksanakan segera di Gaza.

Angka korban di Gaza ketika ini sudah menghampiri 20,000 orang dengan dua pertiga daripada mangsa adalah kanak-kanak dan wanita.

Penunjuk perasaan turut melaungkan ‘bebaskan Palestin’ dan mereka berarak di luar Pennsylvania, sepanjang 7th Avenue di New York City, pada malam Isnin.

Poster mengenai demonstrasi berkenaan telah dimuatnaik di dalam media sosial sebelum ini.

Laporan-laporan mengenai protes tersebut juga telah dimuatnaik secara langsung menerusi media sosial.

Terdapat laporan polis New York bertindak kasar ke atas seorang penunjuk perasaan dengan menolaknya ke lantai di sebuah pusat beli belah di Philadelphia.

Polis juga dilaporkan telah menyekat laluan masuk ke stesten LIRR.

Pada masa sama, beratus-ratus orang berkumpul di Rittenhouse Square sambil melaungkan kecaman ke atas Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.

“Biden, Biden, anda tak boleh sembunyi, anda telah menandatangan pembunuhan besar-besaran!

“Kami tidak akan berhenti…Kami akan berada di sini sehingga gencatan senjata kekal dilaksanakan,’’ demikian jerit penunjuk perasaan.

Dalam pada itu, polis cuba menghalang penunjuk perasaan daripada memasuki Moynihan Train Hall namun gagal. Malah penunjuk perasaan tersebut menyelinap masuk ke dalamnya.

Penunjuk perasaan turut berarak dari 42nd Street ke Port Authority dari Grand Central. – 19 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related