Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Abu Tariq dilantik Ketua Pegawai Eksekutif LHDN berkuat kuasa 17 Disember | Scoop

Abu Tariq dilantik Ketua Pegawai Eksekutif LHDN berkuat kuasa 17 Disember

Beliau menggantikan Datuk Seri Dr. Mohd Nizom Sairi yang tamat tempoh kontrak perkhidmatannya pada 16 Disember 2023

1:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Abu Tariq Jamaluddin dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang baharu berkuat kuasa 17 Disember 2023.

Beliau menggantikan Datuk Seri Dr. Mohd Nizom Sairi yang tamat tempoh kontrak perkhidmatannya pada 16 Disember 2023.

Sebelum itu beliau adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) LHDN.

Abu Tariq yang memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian dari Universiti Malaya mula berkhidmat di LHDN pada 15 Mac 1995 dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang percukaian langsung merangkumi perundangan serta pematuhan cukai.

Sebelum menjawat portfolio Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan), beliau juga pernah memegang beberapa jawatan penting merangkumi jawatan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) dan Pengarah Jabatan Undang-Undang. – 18 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related