Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Subsidi jika harga tiket Sabah, Sarawak lebih RM599 | Scoop

Subsidi jika harga tiket Sabah, Sarawak lebih RM599

Inisiatif itu bagi meringankan beban rakyat yang menetap, bekerja atau belajar di Semenanjung

1:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju memberikan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan kelas ekonomi melebihi RM599 sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan untuk perjalanan tiga hari sebelum perayaan Krismas.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, tiket penerbangan berharga kurang daripada RM599 bagi laluan berkenaan pula akan dijual pada harga asal yang ditetapkan syarikat penerbangan.

“Bagi tiket penerbangan kelas ekonomi yang melebihi RM599 pula, kerajaan akan membayar perbezaan harga antara harga asal tiket penerbangan dan harga maksimum tersebut.

“Harga tiket penerbangan kelas ekonomi sehala yang disubsidikan ini tidak termasuk cukai dan fi,” katanya ketika mengumumkan bantuan subsidi tiket penerbangan dibawah Inisiatif Kerajaan Madani, hari ini.

Menurutnya, pelaksanaan inisiatif bantuan pembelian tiket penerbangan untuk perayaan Krismas tahun ini akan bermula pada tengah malam ini.

Malah, Anthony berkata, inisiatif itu juga akan dilaksanakan untuk perayaan lain pada 2024 termasuk Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan, Hari Gawai dan Krismas yang akan bermula pada tengah malam 1 Januari depan.

Katanya, tempoh penerbangan untuk perjalanan bersubsidi itu turut terpakai tiga hari sebelum tarikh sambutan perayaan tersebut.

“Mulai tarikh tersebut, orang ramai boleh membeli tiket penerbangan melalui laman sesawang syarikat penerbangan domestik iaitu AirAsia, Firefly, Malaysia Airlines Berhad dan Batik Air.

“Namun perubahan tarikh atau pertukaran penerbangan tidak dibenarkan dan hanya sah untuk tarikh penerbangan yang ditunjukkan pada tiket.

“Selain itu, tiada pertukaran nama dibenarkan dan tiket penerbangan yang dibeli tidak boleh dikembalikan,” katanya.

Dalam konteks itu, Anthony berkata, mungkin terdapat beberapa variasi kepada terma dan syarat yang ditambahbaik dan ditawarkan oleh sesetengah syarikat penerbangan.

Katanya lagi, kerajaan juga akan meneruskan inisiatif lain termasuk memudahcara penambahan penerbangan pada setiap musim perayaan.

“Bagi perayaan Krismas, Kementerian Pengangkutan melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) memudahcara sebanyak 114 penerbangan tambahan antara Semenanjung dengan Sabah, Sarawak dan Labuan.

“Strategi ini menunjukkan kesan positif di mana harga dari Kuala Lumpur  ke destinasi utama di Sabah dan Sarawak menurun antara lima hingga 33 peratus setakat pagi ini berbanding minggu lepas,” katanya. – 15 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related