Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Entiti bawah Yayasan Pelaburan Bumiputera perlu laksanakan amanah dengan cekap: Anwar | Scoop

Entiti bawah Yayasan Pelaburan Bumiputera perlu laksanakan amanah dengan cekap: Anwar

Selain itu Perdana Menteri berkata, fokus dan koordinasi antara agensi berkaitan pembangunan bumiputera juga perlu diperkukuh

9:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Entiti di bawah Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) iaitu Permodalan Nasional Berhad (PNB), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) perlu memastikan mandat yang diamanahkan kerajaan dilaksanakan dengan cekap dan mengikut tatakelola terbaik.

Perkara itu ditekankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah YPB pagi tadi.

Selain itu, Anwar berkata, fokus dan koordinasi antara agensi berkaitan pembangunan bumiputera juga perlu diperkukuh.

“Di bawah Belanjawan 2024, saya telah umumkan bahawa institusi pelaburan Bumiputera akan dipusatkan di bawah YPB. Antara lain, Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) akan diletakkan di bawah naungan YPB.

“Sehubungan itu, bagi memastikan peralihan ini dapat dilaksanakan dengan segera, saya turut mempengerusi Mesyuarat Agung Luar Biasa Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera (YAHB) dan YPB,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah YPB itu turut dihadiri ahli lain iaitu Pengerusi Kumpulan PNB Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda dan Tan Sri Ambrin Buang. – 14 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related