Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Kerajaan kekal komited untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050: Nik Nazmi | Scoop

Kerajaan kekal komited untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050: Nik Nazmi

Penstrukturan semula Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim kepada dua kementerian tidak mengubah hala tuju kerajaan

4:20 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Penstrukturan semula Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) kepada dua kementerian tidak mengubah matlamat dan hala tuju kerajaan terutamanya dalam kelestarian alam sekitar, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

“Dari segi komitmen, kita tidak akan berganjak,” katanya yang menerajui NRECC sebelum kementerian itu dipecahkan kepada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam dan Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam susulan rombakan Kabinet pada Selasa.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah Cabaran Kecekapan Tenaga di sini hari ini, beliau berkata, komitmen kerajaan untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 kekal kukuh menerusi dua kementerian baharu tersebut.

Nik Nazmi berkata, beliau dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, yang menerajui Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya ECGuna Awam, tentunya akan bekerjasama memandangkan peralihan tenaga juga berkaitan dengan soal kelestarian dan karbon sifar bersih.

Beliau turut menyambut baik pembahagian tanggungjawab itu kerana membolehkan pihaknya memberi lebih fokus pada objektif kementerian itu.

“Itu (pecahan kementerian) adalah perkara biasa, Perdana Menteri mungkin ada keperluan strategik dengan membuat keputusan itu. Jadi kita teruskan perancangan dan pelaksanaan jabatan atau unit di bawah kementerian saya sekarang,” katanya.

Sementara itu, Nik Nazmi berkata, penjimatan tenaga terkumpul sepanjang 10 tahun penganjuran pertandingan Cabaran Kecekapan Tenaga adalah lebih 1.5 juta kilowatt-jam (kWj) bersamaan kira-kira RM771,000 dengan penghindaran karbon sebanyak lebih kurang 1,180 tan.

“Hasil penjimatan terkumpul ini juga adalah bersamaan dengan pertumbuhan 17,753 batang anak pokok sepanjang tempoh sedekad,” katanya yang menyifatkan pencapaian itu sebagai luar biasa. – 14 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related