Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Polis siasat bas PDRM buat pusingan U di kawasan tidak dibenarkan | Scoop

Polis siasat bas PDRM buat pusingan U di kawasan tidak dibenarkan

Bas tersebut turut dilihat terlanggar sebuah kereta Proton Wira putih

10:06 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat video tular yang memaparkan sebuah bas milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat pusingan U di persimpangan lampu isyarat Taman Greenwood, Jalan Batu Caves, di sini sehingga terlanggar sebuah kereta.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya mengesan satu rakaman video berdurasi dua minit 10 saat berhubung kejadian itu yang dimuat naik pemilik akaun @deafebianschannel1 di aplikasi TikTok semalam.

“Rakaman video itu menunjukkan bas tertera Polis Kuala Lumpur membuat pusingan U di persimpangan lampu isyarat dan melanggar sebuah Proton Wira ketika bas berkenaan mengundur.

“Hasil siasatan dilakukan mendapati kejadian berlaku jam 2.30 petang 6 Disember lalu dengan bas berkenaan dalam perjalanan dari arah Batu Caves menghala ke Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, beliau meminta pemilik akaun TikTok @deafebianschannel1 dan pemandu Proton Wira tampil membantu siasatan polis.

“Mereka boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Amira Abu Hassan di talian 019- 6026596 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03- 61262222,” katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Peraturan 112 LN170/59.

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu serta pemilik akaun TikTok @deafebianschannel1 dan pemandu Proton Wira terbabit diminta tampil bagi membantu siasatan.

“Mereka boleh menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Amira Abu Hassan di talian 019-6026596 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222,” katanya. – 14 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related