Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Malaysia Madani bukan hanya soal kekuatan ekonomi semata-mata: PM | Scoop

Malaysia Madani bukan hanya soal kekuatan ekonomi semata-mata: PM

Kesenian, budaya perlu diperkasa seiring pertumbuhan negara

10:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia Madani yang kini menjadi ‘cogankata’ Kerajaan Perpaduan dalam memacu pertumbuhan negara bukan hanya berkisar soal ekonomi.

Sebaliknya tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia turut mendasari segenap ruang alam dan budaya serta kesenian.

Untuk itu beliau mahu karya seni khususnya seni Islam terus diperkasa seiring era pemodenan.

“Malaysia Madani ini tidak bermakna hanya soal kekuatan ekonomi. (Ia) turut merangkumi alam dan kebudayaan.

“Dan alam Melayu ini, Islam, yang menjadi tunggak kebangkitan rantau kita, itu memperlihatkan percernaan dari hati nurani.

“Lukisan, ukiran, karya ilmu yang sangat mendalam dan bermakna kerana terpancar dari hati nurani dan tercerna dalam bentuk lukisan, khat, karya-karya seni yang indah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan pameran ‘Perjalanan Menelusuri Seni Islam’ dan ‘Alif Lam Ra: Kaligrafi Kontemporari Muslim’ sempena sambutan ulang tahun ke-25 Muzium Kesenian Islam Malaysia di sini hari ini.

Yang hadir sama isteri beliau, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Pengerusi Yayasan Albukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Pameran berkenaan menonjolkan peranan Muzium Kesenian Islam Malaysia sebagai pemelihara, pemulihara serta pendidik seni Islam sejak ia ditubuhkan pada Disember 1998.

Anwar dalam pada itu menambah, generasi muda dan masyarakat keseluruhannya perlu menyokong pameran-pameran seni khususnya di muzium dan memanfaatkannya setiap masa.

Sementara itu beliau mahu batik Malaysia juga dipromosikan secara hebat dan melambangkan kesenian negara. – 12 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related