Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Rombakan Kabinet: Sivakumar berterima kasih atas peluang, ‘banyak pencapaian KSM sepanjang setahun diselia saya’ | Scoop

Rombakan Kabinet: Sivakumar berterima kasih atas peluang, ‘banyak pencapaian KSM sepanjang setahun diselia saya’

Sivakumar menerima dengan hati terbuka pengguguran itu, malah akan tetap menyokong Kerajaan Perpaduan

3:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Susulan pengguguran namanya daripada senarai Kabinet baharu seperti diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, V Sivakumar tidak ‘berkecil hati’, sebaliknya menegaskan beliau tetap memberikan sokongan berterusan kepada Kerajaan Perpaduan.

Menerusi responnya selepas digugurkan daripada portfolio Menteri Sumber Manusia yang menyaksikan tanggungjawab itu diserahkan kepada Steven Sim Chee Keong, Sivakumar berkata, beliau akan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat di Parlimen Batu Gajah.

“Tahniah saya ucapkan kepada barisan Menteri Kabinet terbaharu yang diumumkan hari ini.

“Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh anggota Kementerian Sumber Manusia (KSM) yang sentiasa berusaha membantu saya dalam menerajui KSM,” katanya menerusi media sosial.

Sivakumar berkata, menerusi kerjasama diberikan semua pihak, termasuk agensi berkaitan, KSM meraih pelbagai pencapaian sepanjang setahun diterajuinya dan beliau berbangga dengan prestasi berkenaan.

“Kerjasama antara kementerian dengan seluruh agensi berjaya memperoleh begitu banyak pencapaian dalam hanya tempoh setahun di bawah seliaan saya dan sesungguhnya, saya amat berbangga dengan anda semua.

“Terima kasih Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kepimpinan parti atas peluang diberikan kepada saya untuk berkhidmat di KSM selama setahun ini,” katanya.

Menerusi kenyataan sama, Sivakumar memohon maaf kepada semua pihak yang pernah berurusan dengannya sepanjang mengemudi KSM sekiranya terdapat kesalahan.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Steven Sim yang diumum sebagai Menteri Sumber Manusia baharu.

“Tahniah buat Steven Sim Chee Keong yang diumum Perdana Menteri sebagai Menteri baru di KSM menggantikan saya. Selamat maju jaya,” katanya. – 12 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related