Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Usaha untuk capai gencatan senjata di Gaza masih berjalan: Qatar | Scoop

Usaha untuk capai gencatan senjata di Gaza masih berjalan: Qatar

Qatar, bersama Mesir dan Amerika Syarikat menjadi pengantara dalam perang Israel yang tercetus pada 7 Oktober

9:10 PM MYT

 

KAHERAH (Mesir) – Qatar mengumumkan usaha untuk mencapai gencatan senjata di Semenanjung Gaza masih berterusan.

Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani berkata bahawa dialog adalah cara terbaik untuk menangani konflik paling kompleks itu.

Beliau mengkritik dwistandard masyarakat antarabangsa yang gagal menghentikan serangan Israel ke atas kawasan terkepung itu, yang turut melebarkan jurang antara Barat dan Timur.

“Krisis semasa di Gaza jelas mempamerkan jurang ketara antara Timur dan Barat, serta antara generasi berlainan termasuk dwistandard dalam masyarakat antarabangsa.

“Sejarah telah mengajar kita bahawa dialog adalah cara terbaik menghadapi konflik yang paling kompleks sekiranya ada kemahuan dan kepimpinan politik yang bijak,” kata Al Thani semasa berucap pada pembukaan Forum Doha edisi ke-21 di ibu negara Qatar, lapor Agensi Anadolu memetik Agensi Berita QNA.

Qatar, bersama Mesir dan Amerika Syarikat menjadi pengantara dalam perang Israel yang tercetus pada 7 Oktober, membawa kepada pelaksanaan jeda kemanusiaan selama seminggu hingga 1 Disember.

Terdahulu, Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani merasmikan Forum Doha selama dua hari yang disertai ketua-ketua negara, kerajaan dan organisasi serantau dan antarabangsa, termasuk Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antonio Guterres.

Forum itu bertemakan ‘Membina Masa Hadapan Bersama,’ membincangkan krisis, terutamanya perkembangan situasi di Gaza. – 11 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related