Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Forensik kembali ke lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan cari bukti baharu | Scoop

Forensik kembali ke lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan cari bukti baharu

Petugas media bagaimanapun tidak dibenarkan berada berhampiran lokasi terbabit

7:35 PM MYT

 

PETALING JAYA – Sepasukan anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) kembali semula ke lokasi penemuan mayat kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin di Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini.

Pasukan yang terdiri daripada enam anggota itu tiba pada jam 6.33 petang tadi bagi meneruskan siasatan dan mencari bukti baharu di lokasi terbabit.

Bagaimanapun sekumpulan petugas media yang membuat liputan, dihalang berada berhampiran lokasi dipercayai bagi tidak mengganggu proses siasatan dijalankan.

Kira-kira jam 7.34 petang, empat daripada enam anggota forensik dilihat meninggalkan lokasi penemuan mayat itu.

Terdahulu, kanak-kanak autisme itu disedari hilang sejak jam 12.30 tengah hari Selasa lalu, sebelum ibunya membuat hebahan di media sosial dan laporan polis.

Usaha pencarian dijalankan polis dengan dibantu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan anjing pengesan Unit K9, membabitkan kawasan belukar dan longkang berhampiran dalam radius kira-kira 300 meter.

Dia kemudian ditemui tidak bernyawa sehari kemudian di kawasan anak sungai, berhampiran kediamannya.

Menurut kenyataan polis, sungai berkenaan terletak kira-kira 100 meter dari kawasan rumah kanak-kanak itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain pada sidang media berkata, Zayn Rayyan dipercayai dibunuh di tempat lain, bukan di lokasi mayatnya ditemui.

Susulan penemuan itu, polis giat menjalankan siasatan terperinci bagi memburu suspek menerusi pelbagai kaedah.

Kes terbabit turut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – 11 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related