Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Tiada cuti peristiwa di Terengganu esok: Ahmad Samsuri | Scoop

Tiada cuti peristiwa di Terengganu esok: Ahmad Samsuri

Berita palsu berlegar di media sosial kononnya Terengganu diberi cuti umum selepas skuad bola sepak mereka layak ke final Piala Malaysia

4:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Terengganu menafikan dakwaan pihaknya mengumumkan esok sebagai cuti peristiwa sempena kejayaan skuad penyu melangkah ke aksi final Piala Malaysia 2023, malam tadi.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, berita palsu itu dikesan menerusi poster lama yang disunting dan berlegar-legar di media sosial.

“Untuk makluman, tiada cuti peristiwa diumumkan oleh kerajaan negeri. Berlegar-legar poster lama (di media sosial) yang disunting mengenai cuti peristiwa pada esok (Ahad),” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Difahamkan, poster palsu itu dimuatnaik pihak tidak bertanggungjawab selepas Terengganu FC (TFC) mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, semalam.

Pada perlawanan itu, sepakan penalti Bergson Da Silva dan Ivan Mamut mengikat kedudukan 1-1 pada separuh masa pertama sebelum tandukan pemain gantian Muhamad Feroz Baharudin dan sepakan penalti Arif Aiman Mohd Hanapi pada separuh masa kedua memastikan kemenangan JDT.

Kemenangan malam tadi menjadikan JDT menjulang Piala Malaysia buat kali keempat selepas 2017, 2019 dan 2022, sejak penubuhan kelab itu pada 2013. – 9 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related