Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Jangan keluar kenyataan tak sahih, Zayn Rayyan cucu kesayangan kami | Scoop

Jangan keluar kenyataan tak sahih, Zayn Rayyan cucu kesayangan kami

Datuknya berkata, setiap hari mereka sekeluarga mengalami gangguan emosi

3:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keluarga kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin merayu kepada netizen supaya berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan mereka.

Zahari Mohd Reba, 55, datuk kepada kanak-kanak berusia enam tahun itu berkata, mereka sekeluarga mengalami gangguan emosi disebabkan maklumat tidak sahih berkenaan.

“Saya mewakili waris arwah Zayn Rayyan @Tok Ayah arwah, memohon (orang ramai) supaya tidak mengeluarkan kenyataan tidak sahih yang menggores perasan keluarga kami.

“Setiap hari keluarga kami menghadapi gangguan emosi. Zayn Rayyan adalah cucu kesayangan kami,” katanya menerusi perkongsian di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan meminta orang ramai supaya tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan kes itu di media sosial.

Beliau berkata, pihaknya mengesan beberapa komen atau posting dalam laman sosial mengenai kematian kanak-kanak itu.

Menurutnya, komen-komen sedemikian bukan sahaja mencetuskan kegusaran kepada orang ramai tetapi juga akan mengganggu emosi keluarga mangsa yang masih meratapi kesedihan kerana kehilangan anak disayangi mereka.

Sebelum ini, Hussein memaklumkan kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

Mayat kanak-kanak itu ditemui di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, Sungai Buloh kira-kira jam 10 malam Rabu lalu.

Semalam, Hussein turut mengesahkan lima individu termasuk lelaki pertama yang menemukan mayat Zayn Rayyan dan ibu bapanya sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak itu.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan polis turut akan memanggil beberapa jiran di kawasan kediaman itu dan juga pihak sekolah kanak-kanak terbabit. – 9 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related