Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Muhammad Daniel, remaja lelaki 14 tahun hilang ditemui selamat | Scoop

Muhammad Daniel, remaja lelaki 14 tahun hilang ditemui selamat

Rata-rata netizen menzahirkan kelegaan dengan penemuan Daniel dan pada masa sama simpati dengan raut wajahnya yang kelihatan sugul

11:37 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelajar lelaki berusia 14 tahun, Muhammad Daniel Akmal Zulkhairi yang dilaporkan hilang sejak kelmarin, ditemui selamat.

Perkara itu dimaklumkan Yusri Yunos yang dipercayai guru di Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Cheras di sini menerusi perkongsian di Facebooknya, malam tadi.

“Alhamdulillah… dijumpai dengan selamat dan sihat selepas dua hari pencarian.

“Terima kasih kepada semua yang berusaha mencari sejak awal sehingga malam ini iaitu keluarga Danial, warga sekolah, polis Cheras, Jemaah Masjid Saidina Othman, penduduk Bandar Tun Razak dan masyarakat sekitar,” katanya.

Menerusi beberapa gambar yang dimuat naik, Daniel dilihat di sebuah pondok menunggu bas malam tadi.

Dia dilihat berpakaian baju-T dan berseluar hitam sambil tangannya memegang sebuah buku.

Rata-rata netizen menzahirkan kelegaan dengan penemuan Daniel dan pada masa sama simpati dengan raut wajahnya yang kelihatan sugul.

“Alhamdulillah. Wajah dia nampak sugul sangat. Daniel perlukan sokongan emosi sesegera mungkin,” kata Ahmad Zaki.

“Alhamdulillah… wajah nampak ada sesuatu yang berat,” kata Barak Sam.

“Bawalah jumpa kaunseling. Dalami jiwanya. Mungkin ada yang Daniel pendamkan sehingga nekad bertindak demikian,” kata Ani.

Terdahulu Scoop melaporkan, Daniel dilaporkan hilang sejak kelmarin dan kali terakhir dilihat berada di kawasan sekolah terbabit pada jam 12.30 tengah malam.

Ibunya, Shuhada Jamaludin berkata, Daniel kemudian dilihat di Masjid Saidina Uthman, Bandar Tun Razak pukul 5.40 pagi semalam.

Malah katanya, dia dihubungi Daniel pada Rabu lalu pada jam 6.33 pagi sebanyak tiga kali tetapi tidak sempat dijawab.

“Biasanya kalau saya tidak jawab waktu Subuh itu dia akan telefon saya pada waktu malam lepas habis ‘prep’ di asrama.

“Tetapi saya tunggu malam Rabu lalu dia tidak telefon dan keesokannya saya dapat maklumat dari sekolah dia hilang,” katanya.

Sementara itu, Shuhada memaklumkan anaknya yang belajar di Sekolah Menengah Sains Alam Shah di Cheras itu pernah mengadu kepadanya pada Ogos lalu menjadi mangsa buli di sekolah.

Bagaimanapun dia tidak mendengar aduan tersebut daripada anak lelakinya itu selepas itu. – 9 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related