Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Pelajar 14 tahun, Daniel masih belum ditemukan, polis siasat segala kemungkinan | Scoop

Pelajar 14 tahun, Daniel masih belum ditemukan, polis siasat segala kemungkinan

Polis terima laporan kehilangan pelajar berkenaan pada pukul 1.21 petang semalam

8:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelajar lelaki berusia 14 tahun, Muhammad Daniel Akmal Zulkhairi yang dilaporkan hilang sejak semalam masih belum ditemukan.

Ketika dihubungi Scoop, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, polis kini menggiatkan usaha mengesan remaja berkenaan yang kali terakhir berada di kawasan Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Jalan Yaacob Latif, Cheras, pada pukul 12.30 tengah malam.

Ditanya mengenai segala kemungkinan mengenai kehilangan pelajar itu, beliau berkata: “(Masih) dalam siasatan”.

Terdahulu polis memaklumkan menerima laporan kehilangan pelajar berkenaan pada pukul 1.21 petang.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan supaya tampil di balai polis berhampiran atau menghubungi hotline Polis Cheras menerusi talian 03-92845050 atau 5051 dan hotline Polis Kuala Lumpur 03-21159999. – 8 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related