Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Kematian Zayn Rayyan: Polis panggil ibu bapa mangsa kali kedua, bantu siasatan | Scoop

Kematian Zayn Rayyan: Polis panggil ibu bapa mangsa kali kedua, bantu siasatan

Setakat ini polis belum menemukan petunjuk mengenai pelaku jenayah

12:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis sudah memanggil semula ibu dan bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan berhubung kematian kanak-kanak autisme itu.

Memberitahu Scoop, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Fakhrudin Abdul Hamid berkata, ia dilakukan malam tadi dan pasangan itu mungkin akan dipanggil sekali lagi.

Menurutnya, polis juga akan merekod keterangan jiran dan saksi dalam tempoh terdekat bagi melengkapkan siasatan.

“Setakat ini belum ada apa-apa petunjuk (pelaku jenayah),” katanya.

Dalam sidang akhbar malam tadi, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kanak-kanak autisme berusia enam tahun itu dipercayai telah dibunuh di tempat lain, bukan di tempat di mana mayatnya ditemukan di sungai di Damansara Damai.

Malah katanya, punca kematian kanak-kanak autisme itu bukan kerana lemas sebaliknya mangsa telah meninggal dunia dalam tempoh 48 jam.

“Polis masih belum mengenal pasti suspek, tetapi tidak menolak kemungkinan orang yang tinggal di kawasan perumahan sama dengan arwah.

“Berdasarkan lokasi jenazah mangsa ditinggalkan, pelaku merupakan orang yang mempunyai pengetahuan mengenai kawasan tersebut,” katanya.

Shuhaily memberitahu, hasil bedah siasat menemui kesan luka mempertahankan diri pada tubuh kanak-kanak itu.

Semalam polis mengklasifikasikan kematian Zayn Rayyan sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkannya susulan penemuan kesan kecederaan di leher dan badan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Zayn Rayyan dilaporkan hilang sejak tengah hari, Selasa lalu, di Damansara Damai dan kali terakhir dilihat di rumahnya di Blok R, Apartment Idaman, Jalan PJU 10/1 Damansara Damai, Petaling Jaya pada pukul 12 tengah hari. – 8 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related