Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Pengarah, penerbit Mentega Terbang saman kerajaan, Saifuddin | Scoop

Pengarah, penerbit Mentega Terbang saman kerajaan, Saifuddin

Tindakan undang-undang itu diambil susulan perintah larangan dikenakan terhadap filem berkenaan

11:15 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengarah dan penerbit Mentega Terbang, mengemukakan tindakan saman terhadap kerajaan dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung perintah larangan terhadap filem bebas itu.

Menurut kenyataan ringkas Lawyers for Liberty, permohonan semakan kehakiman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 Disember lalu, manakala pendengaran kes ditetapkan 31 Januari tahun depan.

Pemohon memohon perintah untuk membatalkan keputusan Saifuddin serta memintanya membatalkan warta bertarikh 1 September dan perisytiharan bahawa Seksyen 26 Akta Penapisan Filem 2002 adalah tidak berperlembagaan. – 8 Disember, 2023

BERITA LANJUT MENYUSUL

Topics

 

Hangat

Related