Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Zayn Rayyan dibunuh | Scoop

Zayn Rayyan dibunuh

Kematian Zayn Rayyan Abdul Matiin diklasifikasikan sebagai kes bunuh

5:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kematian kanak-kanak autisme berusia enam tahun, Zayn Rayyan Abdul Matiin diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkannya susulan penemuan kesan kecederaan di leher dan badan.

“Kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya seperti yang dilaporkan Bernama.

Zayn Rayyan, yang dilaporkan hilang sejak tengah hari, Selasa lalu, di Damansara Damai ditemukan meninggal dunia di aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamannya, malam tadi.

Kali terakhir Zayn Rayyan dilihat di rumahnya di Blok R, Apartment Idaman, Jalan PJU 10/1 Damansara Damai, Petaling Jaya pada jam 12 tengah hari.

Berikutan itu, mayat kanak-kanak tersebut telah dihantar ke Pusat Perubatan Unversiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat. – 7 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related