Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
MLFF: KKR teliti semua aspek untuk penambahbaikan, tegas Alexander | Scoop

MLFF: KKR teliti semua aspek untuk penambahbaikan, tegas Alexander

Beliau berkata, pihak konsesi lebuh raya masih memegang hak mutlak untuk mengutip tol seperti dalam perjanjian konsesi

9:40 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang meneliti semua aspek membabitkan pelaksanaan projek Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF), seperti dirancang kerajaan terdahulu yang bermula 2021.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanti Linggi berkata, penelitian dijalankan bersama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) itu, bagi memastikan projek terbabit dapat berjalan lancar dan memberi manfaat kepada rakyat.

“Saya mengambil maklum isu terkait MLFF seperti dilaporkan media. Tidak dinafikan bahawa kerajaan terdahulu sudah mendapat kelulusan secara prinsip dalam pelaksanaan projek ini.

“Bagaimanapun, kelulusan ini hanyalah untuk memberi ruang kepada proses rundingan dijalankan di antara pihak yang terbabit dalam pelaksanaan MLFF,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Alexander berkata, meskipun perancangan dan proses kelulusan awal bermula sejak 2021, sebagai Menteri Kerja Raya pada masa kini, beliau menyedari keperluan beberapa penelitian serta tindakan penambahbaikan dilaksanakan.

Katanya, penelitian dan tindakan itu, terutamanya membabitkan aspek perundangan bagi memastikan MLFF ini dapat berjalan lancar dan memberi manfaat kepada rakyat.

Beliau berkata, pihak konsesi lebuh raya masih memegang hak mutlak untuk mengutip tol seperti dalam perjanjian konsesi masih berkuat kuasa.

Justeru, atas dasar itu, beliau dan pasukan di kementeriannya sedang berusaha untuk memastikan kelancaran inisiatif MLFF agar menepati objektif diharapkan.

“Inisiatif ini memerlukan kerjasama dan sokongan menyeluruh, bukan sahaja dari Kementerian Kerja Raya, malah pihak konsesi dan pengurusan tertinggi Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, sebanyak 32 syarikat konsesi lebuh raya membantah tindakan kerajaan menganugerahkan secara langsung projek MLFF kepada syarikat swasta untuk semua lebuh raya di negara ini.

Di bawah sistem MLFF, semua aliran keluar dan masuk di lebuh raya akan ditukar kepada laluan bebas halangan, bagi mengurangkan kesesakan, selain menyuraikan laluan trafik.

Menurut sumber terdekat, kerajaan menandatangani ‘perjanjian pelantikan’ bersama syarikat berkaitan YTL Corporation Bhd pada 17 November bagi penganugerahan projek RM3.46 bilion, tanpa berunding dengan syarikat konsesi yang akhirnya akan menanggung kos itu.

Katanya, Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya (PSKLM) sudah menghantar surat bantahan kepada KKR, mendakwa langkah itu melanggar perjanjian individu dengan kerajaan. – 7 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related