Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
RM100 eMadani bantu keperluan musim tengkujuh | Scoop

RM100 eMadani bantu keperluan musim tengkujuh

Walaupun jumlahnya mungkin tidak besar bagi orang lain, namun bagi saya ia boleh digunakan untuk membeli keperluan dapur untuk kegunaan musim banjir ini: Penerima

4:58 PM MYT

 

KOTA BHARU – Inisiatif RM100 kredit e-tunai eMadani yang mula diperolehi dua hari lalu sedikit sebanyak melegakan penerima di negeri Kelantan khususnya bagi membeli barangan keperluan pada musim tengkujuh ini.

Pembantu kedai makan, Fatin Amirah Shamsudin, 31, berkata, beliau bersyukur kerana layak menerima bantuan kerajaan itu selepas melakukan semakan semalam.

“Alhamdulillah saya juga dapat merasai bantuan ini. Walaupun jumlahnya mungkin tidak besar bagi orang lain, namun bagi saya ia boleh digunakan untuk membeli keperluan dapur untuk kegunaan musim banjir ini,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, beliau bekerja sebagai pembantu kedai untuk menambah pendapatan ibunya yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah bank di Pasir Tumboh.

Ibunya, Azilah Yusof, 54, seorang ibu tunggal, mempunyai pendapatan tidak seberapa dan bantuan daripada kerajaan termasuk eMadani amat diharapkan mereka.

Kata Fatin Amirah, jika ibunya turut mendapat bantuan tersebut mereka akan memanfaatkan wang itu untuk membayar bil elektrik dan air.

“Dengan inisiatif ini dapatlah tampung sedikit sebanyak perbelanjaan kami pada bulan ini. Biasanya pada musim tengkujuh ini kami akan sediakan keperluan asas yang lebih sedikit sebagai langkah persiapan,” katanya.

Sementara itu, peniaga sate ikan, Raja Muhd Naim Raja Hasyim, 32, berkata beliau akan menggunakan bantuan itu untuk menampung keperluan anak sulungnya yang baru berusia tiga bulan termasuk membeli stok lampin pakai buang.

“Bantuan ini sedikit sebanyak dapatlah ringankan sikit perbelanjaan kami memandangkan cuaca tidak menentu ketika ini kadang-kadang menyukarkan saya untuk berniaga. Terima kasih atas keprihatinan ini,” katanya. – 6 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related