Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Jumlah mangsa banjir di Pasir Mas kekal 6,009 pagi ini | Scoop

Jumlah mangsa banjir di Pasir Mas kekal 6,009 pagi ini

6,009 orang daripada 1,952 keluarga masih berlindung di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi ini

8:40 AM MYT

 

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di jajahan Pasir Mas kekal seperti direkodkan malam tadi dengan 6,009 orang daripada 1,952 keluarga masih berlindung di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi ini.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi menempatkan 903 orang daripada 296 keluarga; SK Sri Rantau Panjang 2 (1,881 orang, 629 keluarga); SK Gual To’Deh (813 orang, 264 keluarga) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok (153 mangsa, 41 keluarga).

Sebanyak 210 orang daripada 55 keluarga berlindung di PPS Madrasah Tasek Bakong; Masjid Mukim Padang Licin (131 orang, 55 keluarga); SK Sri Kiambang (345 orang, 107 keluarga) dan SMK (A) Lati (84 orang, 22 keluarga).

Lima lagi PPS iaitu SK Chicha Tinggi merekodkan sejumlah 249 orang daripada 70 keluarga; SK Lati (223 orang, 62 keluarga); SMK Baroh Pial (710 orang, 260 keluarga); SK Gual Periok (269 orang, 79 keluarga) dan SK Kedai Tanjong (38 orang, 12 keluarga). – 5 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related