Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
3 gudang simpan logam, wayar musnah dalam kebakaran di Bukit Selambau | Scoop

3 gudang simpan logam, wayar musnah dalam kebakaran di Bukit Selambau

Kebakaran berkenaan berjaya dikawal pada 10.02 malam dan tiada yang dilaporkan cedera

9:14 AM MYT

 

SUNGAI PETANI Tiga gudang yang menempatkan barangan terpakai berupa logam tembaga dan wayar di sebuah kilang di Bukit Selambau dekat sini, musnah dalam kebakaran yang berlaku kira-kira 8 malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin berkata kebakaran berjaya dikawal pada 10.02 malam dan tiada yang dilaporkan cedera.

“Pasukan penyelamat digerakkan ke lokasi dan setibanya di lokasi, didapati berlaku letupan seakan bunga api di kawasan kebakaran…bagaimanapun api telah berjaya dikawal pada 10.02 malam tadi,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Tambahnya, Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) turut digerakkan ke lokasi malam tadi dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut bertindak mematikan bekalan elektrik di kawasan berkenaan.

“Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Amanjaya digerakkan ke lokasi bersama-sama pasukan dari BBP Sungai Petani, BBP Kulim Hi-Tech dan BBP Yan…turut membantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bukit Selambau, PBS Jeniang, PBS Semeling, PBS Bedong, PBS Sik, PBS Gurun dan PBS Kota Sarang Semut.

“Operasi pemadaman dibahagikan kepada empat sektor yang membabitkan empat gudang, bagaimanapun api tidak merebak ke sektor keempat…punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – 4 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related