Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Dari utara ke selatan, tiada tempat yang selamat di Gaza, 700 maut dalam masa 24 jam | Scoop

Dari utara ke selatan, tiada tempat yang selamat di Gaza, 700 maut dalam masa 24 jam

Ia merupakan angka korban harian yang tertinggi sejak tentera Zionis memulakan serangan ke atas Gaza pada 7 Oktober lalu

9:22 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Seramai 700 rakyat Palestin terkorban dalam masa 24 jam akibat serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza.

Ia merupakan angka korban harian yang tertinggi sejak tentera Zionis memulakan serangan ke atas Gaza pada 7 Oktober lalu.

Serangan terbaru di kem pelarian Jabalia. Pada masa sama, Israel juga telah meminta penduduk di kawasan Khan Younis di selatan Gaza untuk berpindah.

Malah jalan-jalan menuju ke sebahagian kawasan di selatan telah dimusnahkan, lapor Al-Jazeera.

Sementara itu, agensi berita Wafa melaporkan, Hospital Kamal Adwan di utara semenanjung Gaza, menjadi sasaran terbaru rejim Zionis apabila hospital berkenaan dibedil malam tadi, membunuh sekurang-kurangnya empat orang dengan sembilan yang lain mengalami kecederaan.

Seramai 700 rakyat Palestin terkorban dalam masa 24 jam akibat serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza – Gambar Agensi Berita Wafa, 4 Disember, 2023

Mereka yang terkorban termasuk kanak-kanak dan wanita. Ketika kejadian, lebih 10,000 penduduk mendapatkan perlindungan di hospital berkenaan.

Angka korban sejak Israel menyerang semenanjung Gaza pada 7 Oktober lalu telah meningkat kepada 15,523 orang, dengan 41,316 mengalami kecederaan.

Daripada jumlah tersebut, 70 peratus mangsa adalah wanita dan kanak-kanak, manakala 281 petugas kesihatan dilaporkan terkorban atau mengalami kecederaan.

Sebantyak 26 hospital dan 46 pusat penjagaan asas pula tidak dapat beroperasi lagi disebabkan serangan serta ketiadaan bekalan bahan api. – 4 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related