Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
83 warga Thailand, 3 rakyat Malaysia terkandas di Myanmar diterbangkan ke Bangkok | Scoop

83 warga Thailand, 3 rakyat Malaysia terkandas di Myanmar diterbangkan ke Bangkok

Kementerian Luar Thailand berkata kumpulan itu selamat berlepas dari Myanmar dan dijangka tiba di Thailand pada 1.40 pagi (waktu tempatan) pada Isnin

8:13 PM MYT

 

BANGKOK – Sekumpulan 83 warga Thailand dan tiga rakyat Malaysia yang terkandas di Laukkaing, utara Myanmar berikutan pergolakan di wilayah itu akan diterbangkan ke Bangkok pada Isnin.

Kementerian Luar Thailand berkata Kedutaan Diraja Thailand (RTE) di Yangon yang menyelaras dengan agensi-agensi berkaitan dan negara-negara jiran berjaya membantu kumpulan itu meninggalkan Laukkaing.

“Kumpulan itu kini selamat berlepas dari Myanmar dan akan diterbangkan ke Thailand dengan penerbangan sewa Thai Lion Air dan dijangka tiba pada 1.40 pagi (waktu tempatan) pada Isnin.

“Polis akan memudahkan prosedur kemasukan mereka dan memulakan saringan pemerdagangan orang melalui Mekanisme Rujukan Kebangsaan (NRM) serta untuk rekod jenayah,” menurut Kementerian Luar Thailand dalam satu kenyataan.

Bernama difahamkan terdapat tiga rakyat Malaysia dalam kumpulan itu yang akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang pada Isnin.

Berikutan pertempuran sengit antara tentera junta dan kumpulan bersenjata etnik di Myanmar, Thailand memindahkan lebih 200 warga Thailand dari Laukkaing.

Pada 1 Disember, seramai 121 rakyat Malaysia berumur antara 20-an dan 50-an, kebanyakannya mangsa penipuan pekerjaan yang terkandas di Laukkaing dipindahkan dan dibawa pulang.

Mereka termasuk seorang warga Indonesia diterbangkan ke Malaysia melalui penerbangan khas AirAsia dari Kunming, China. – 3 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related