Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Zulkarnain ambil besi dari Sg Batu bina tembok Yakjuj Makjuj, dakwaan Solehah diselar | Scoop

Zulkarnain ambil besi dari Sg Batu bina tembok Yakjuj Makjuj, dakwaan Solehah diselar

Beliau bagaimanapun berkata, peleburan besi itu dibuat di tempat lain

12:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Seorang pensyarah di sebuah universiti mendakwa besi yang digunakan oleh ‘Zulkarnain’ untuk membuat tembok Yakjuj dan Makjuj, yang wujud ribuan tahun lalu, diambil dari Sungai Batu di Kedah.

Profesor Solehah Yaacob yang merupakan pensyarah bahasa Arab dan kesusasteraan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) berkata, bagaimanapun peleburan besi itu dibuat di tempat lain.

“Dia bukan buat tempat tempa (cair besi), bukan buat cairan di Sungai Batu, dia punya relau itu empat segi, relau di Sungai Batu bulat.

“Dah bincang dengan ‘Datuk Moktar’. Ini relau di kaki gunung dalam gambar itu. Askar dia sibuk cairkan besi tu. Tetapi ketulan itu dia ambil dari kita (Sungai Batu).

Beliau berkata demikian dalam podcast bersama Datuk Rosyam Nor dan Datin Seri Adzliana Hasan bertajuk Malay The Origin, yang diadakan pada 26 November lalu.

Yakjuj dan Makjuj dikatakan sudah wujud ribuan tahun lalu dan terus hidup pada waktu ini serta akan muncul semula untuk memusnahkan manusia ketika dunia terlalu hampir dengan kiamat.

Ia dikatakan pernah hidup di suatu lokasi yang menjadi laluan Zulkarnain dan mereka ‘dikurung’ di sebalik tembok besi.

@scoopdotmy Seorang pensyarah di sebuah universiti mendakwa besi yang digunakan oleh ‘Zulkarnain’ untuk membuat tembok Yakjuj dan Makjuj, yang wujud ribuan tahun lalu, diambil dari Sungai Batu di Kedah. Profesor Solehah Yaacob yang merupakan pensyarah bahasa Arab dan kesusasteraan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) berkata, bagaimanapun peleburan besi itu dibuat di tempat lain. #Rosyamnor #Zulkarnain #yakjujmakjuj #UIAM #beritaditiktok #Sungaibatu #Kedah ♬ original sound – Scoopdotmy

Solehah yang juga penulis buku Revolusi Bahasa dan Asas Tamadun turut mendakwa, Zulkarnain bukannya Alexander The Great atau Cyrus The Great sebaliknya Zulkarnain hidup serentak, sezaman Ibrahim.

“Buku-buku tafsir ada menyebut bahawa Zulkarnain yang disebut dalam Surah Al Kahfi itu hidup 2000 sebelum lahirnya Nabi Isa,’’ katanya.

Berikutan dakwaan Solehah, klip dalam podcast itu telah menjadi tular di media sosial dengan ada banyak pihak yang meminta beliau membuktikan dakwaannya itu.

Dakwaannya itu juga menjadi tular di media sosial, dengan ramai yang menyelar Solehah.

Rata-rata mereka yang mengkritik dakwaan Solehah itu mahukan bukti yang jelas, sahih serta mempunyai kredibiliti dan mencetuskan pelbagai persoalan mengenai yakjud makjud. – 3 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related