Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
PRK Kemaman: PAS kekal status quo, pertahan kerusi | Scoop

PRK Kemaman: PAS kekal status quo, pertahan kerusi

Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya di pusat penjumlahan undi di Dewan Berlian Utama Majlis Perbandaran Kemaman

10:34 PM MYT

 

CHUKAI – PAS mengekalkan status quo di Kemaman selepas calonnya Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu.

Menteri Besar Terengganu itu menang dengan majoriti 37,220  setelah memperoleh 64,998 undi  menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang mendapat 27,778 undi.

Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Ahmad Farhan Abdul Wahab di pusat penjumlahan undi di Dewan Berlian Utama Majlis Perbandaran Kemaman, di sini malam ini.

Ahmad Farhan berkata sebanyak 65.76 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada PRK itu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15, Che Alias Hamid daripada PAS menang dengan majoriti 27,179 undi, menewaskan tiga calon lain iaitu Datuk Seri Ahmad Said (BN), Hasuni Sudin (Pakatan Harapan) dan Rosli Ab Ghani (Parti Pejuang Tanah Air).

PRK itu diadakan semula susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lepas yang membatalkan kemenangan Che Alias pada PRU-15 itu. – 2 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related