Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Kes lelaki maut akibat jatuh di landasan LRT Dato Keramat diklasifikasi sebagai mati mengejut | Scoop

Kes lelaki maut akibat jatuh di landasan LRT Dato Keramat diklasifikasi sebagai mati mengejut

Dalam kejadian itu, polis berkata mangsa sedang menunggu di platform 1, di stesen LRT terbabit bersama penumpang lain apabila tiba-tiba melompat dan baring di atas landasan

12:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis mengklasifikasikan kematian seorang lelaki yang melompat ke atas landasan tren transit aliran ringan (LRT) di Stesen Dato Keramat, malam tadi sebagai mati mengejut.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Ashari Abu Samah berkata, dalam kejadian itu, mangsa sedang menunggu di platform 1, di stesen LRT terbabit bersama penumpang lain apabila secara tiba-tiba melompat dan baring di atas landasan.

“Ketika tren hendak berhenti, tiba-tiba mangsa melompat dan baring di atas landasan menyebabkan tren tersebut melanggarnya.

“Mangsa berada di bawah tren dengan mengalami kecederaan parah di kedua-dua belah kaki,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, Bomba cuba untuk mengalihkan lelaki berkenaan namun dia telah meninggal dunia.

Penolong pegawai perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia pada jam 11.13 malam.

Berikutan kejadian itu, Rapid KL pada 10.47 malam tadi menerusi saluran media sosialnya memaklumkan tiada perkhidmatan tren di Stesen Dato Keramat atas faktor keselamatan.

Namun Rapid KL menyediakan bas perantara percuma di antara Stesen Damai, Dato’ Keramat dan Jelatek.


Pagi ini, Rapid KL memaklumkan kerja baik pulih gangguan teknikal di Stesen Dato Keramat telah selesai dijalankan, justeru perkhidmatan tren alternatif dan bas perantara percuma ditamatkan.

“Jadual perjalanan telah diselaraskan dan perkhidmatan tren beroperasi seperti biasa,’’ katanya. – 2 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related