Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Pelan Keluarga Pascabayar UNI5G Unifi tawar data 5G+4G tanpa had, telefon pintar percuma berharga RM129 | Scoop

Pelan Keluarga Pascabayar UNI5G Unifi tawar data 5G+4G tanpa had, telefon pintar percuma berharga RM129

Pelan ini juga termasuk satu talian tambahan percuma dengan data 30GB

12:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelan Keluarga Pascabayar Unifi terbaharu #Unstoppable UNI5G berharga RM129, kini dilengkapi dengan data 5G+4G tanpa had apabila mereka mendaftar semasa tempoh promosi.

Pelan ini termasuk telefon pintar 5G percuma dengan panggilan tanpa had dan satu talian tambahan percuma dengan data 30GB 5G + 4G.

Bagi mereka yang mempunyai keluarga besar, Unifi menawarkan pelan Keluarga Pascabayar UNI5G dengan dua dan tiga talian tambahan percuma masing-masing pada harga RM159 dan RM189.

Dalam satu pengumuman hari ini, pelanggan baharu yang mendaftar untuk kedua-dua pakej dengan pelan jalur lebar berkelajuan tinggi tetap Unifi akan menikmati data 5G+4G tanpa had untuk prinsipal dan semua talian tambahan.

Pelanggan jalur lebar tetap Unifi sedia ada yang membeli pelan Keluarga Pascabayar UNI5G baharu juga akan menikmati tawaran sama.

Syarikat itu juga melancarkan tiga pelan pascabayar mudah alih baharu untuk pengguna individu.

  • Pascabayar UNI5G 99 yang disertakan dengan data 5G+4G tanpa had semasa tempoh promosi dan telefon pintar 5G percuma;
  • Pascabayar UNI5G 69 dengan data 5G tanpa had semasa tempoh promosi itu dan rebat pada pilihan telefon pintar 5G; dan
  • Pascabayar UNI5G 39 dengan data 30GB 5G+4G.

Pelanggan yang melanggan sama ada pelan Keluarga Pascabayar UNI5G, Pascabayar UNI5G 99 atau Pascabayar UNI5G 69 dengan jalur lebar Unifi 300Mbps dan ke atas, akan menerima rebat bulanan sebanyak RM20, selagi mereka kekal sebagai pelanggan aktif Unifi.

Sebagai alternatif, pelanggan boleh memilih tawaran mudah alih tetap masa terhad, termasuk pakej Pascabayar UNI5G terkini dengan data 5G+4G tanpa had, telefon pintar 5G percuma dan Unifi Broadband 100Mbps bermula daripada RM149 sebulan. – 1 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related