Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Remaja 13 tahun samun pemandu e-hailing dibebaskan dengan jaminan polis | Scoop

Remaja 13 tahun samun pemandu e-hailing dibebaskan dengan jaminan polis

Polis membebaskannya hari ini sementara menunggu keputusan lanjut daripada pejabat timbalan pendakwa raya selepas menyiapkan kertas siasatan

7:54 PM MYT

 

SUNGAI PETANI – Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang terbabit dalam kes cubaan samun pemandu e-hailing Isnin lalu, dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Zaidy Che Hassan berkata, setakat ini siasatan kes itu telah selesai dan kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.

“Siasatan membabitkan kes cubaan samun oleh seorang remaja lelaki berusia 13 tahun telah selesai dan remaja terbabit dibebaskan dengan jaminan polis…remaja terbabit direman selama sehari bagi membantu siasatan dan tempoh reman telah berakhir semalam.

“Kami membebaskannya hari ini sementara menunggu keputusan lanjut daripada pejabat timbalan pendakwa raya selepas menyiapkan kertas siasatan,” katanya ketika dihubungi media, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan remaja lelaki terbabit bertindak mengacukan pisau terhadap seorang pemandu e-hailing dalam cubaan samun di Taman Keladi dekat sini, kira-kira 6 petang, Isnin lalu.

Pemandu e-hailing yang juga warga emas berusia 65 tahun itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan sebaliknya bertindak menggigit tangan suspek dan merampas pisau tersebut sebelum remaja terbabit turun dari keretanya dan melarikan diri.

Tindakan remaja terbabit dirakam menerusi kamera ‘dashboard’ yang dipasang pada kereta pemandu e-hailing terbabit dan video berdurasi satu minit 32 saat itu tular di media sosial. – 29 November, 2023

Topics

 

Hangat

Related