Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
35 peratus ahli KWSP berumur 54 tahun miliki simpanan di bawah RM10,000: Steven Sim | Scoop

35 peratus ahli KWSP berumur 54 tahun miliki simpanan di bawah RM10,000: Steven Sim

Setakat 1 Januari 2023, sebanyak 274,715 ahli KWSP berumur 54 tahun atau pun 1.7 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli KWSP (15.7 juta) dengan jumlah simpanan mereka bagi yang berumur 54 tahun itu adalah sebanyak RM35.72 bilion

2:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berumur 54 tahun yang mempunyai simpanan di bawah RM10,000 mencatatkan peratusan tertinggi sebanyak 35 peratus atau 94,827 orang ahli dengan jumlah simpanan RM246.1 juta.

Timbalan Menteri Kewangan Steven Sim Chee Keong berkata ahli dengan jumlah simpanan melebihi RM1 juta mencatatkan peratus terendah dengan 2.0 peratus atau pun hanya 4,877 ahli dengan jumlah simpanan sebanyak RM7.9 bilion.

“Setakat 1 Januari 2023, sebanyak 274,715 ahli KWSP berumur 54 tahun atau pun 1.7 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli KWSP (15.7 juta) dengan jumlah simpanan mereka bagi yang berumur 54 tahun itu adalah sebanyak RM35.72 bilion,” katanya pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Sim berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor-Amanah) mengenai pecahan jumlah simpanan ahli KWSP yang berumur 54 tahun pada 1 Januari 2023.

Sementara itu, sebanyak 8.0 peratus ahli KWSP yang berumur 54 tahun mempunyai simpanan sebanyak RM10,001-RM20,000, diikuti dengan RM20,001-RM50,000 (13 peratus), RM50,001-RM100,000 (12 peratus) RM100,001-RM200,000 (13 peratus), RM200,001-RM500,000 (13 peratus) dan RM500,001-RM1juta (4.0 peratus). – 29 November, 2023

Topics

 

Hangat

Related