Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Fahmi akan bertemu pengurusan Jabatan Penerangan mengenai rayuan Harakah | Scoop

Fahmi akan bertemu pengurusan Jabatan Penerangan mengenai rayuan Harakah

Beliau berkata sebelum ini, Jabatan Penerangan sudah diminta untuk meneliti rayuan Harakah, namun sehingga kini belum menerima sebarang maklum balas mengenai perkara itu

12:44 PM MYT

 

PETALING JAYA – Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil akan bertemu dengan pengurusan Jabatan Penerangan dalam waktu terdekat bagi membincangkan rayuan Harakah berhubung tindakan menarik balik kad perakuan media wartawannya.

Beliau berkata sebelum ini, Jabatan Penerangan sudah diminta untuk meneliti rayuan Harakah, namun sehingga kini belum menerima sebarang maklum balas mengenai perkara itu.

Pada masa yang sama, Fahmi berkata beliau difahamkan Jabatan Penerangan sedang meneliti isu-isu berkenaan etika kewartawanan dengan garis panduan yang diwujudkan pada 1989.

“Jadi, mungkin Jabatan Penerangan ingin kemas kini dan menambah baik garis panduan berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas CX Summit 2023 di sini hari ini.

Sebelum ini, Fahmi dilaporkan berkata Jabatan Penerangan ada sebab tersendiri untuk menarik balik kad perakuan media Harakah dan penjelasan lanjut perlu dirujuk dengan jabatan itu. – 29 November, 2023

Topics

 

Hangat

Related