Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Dua ditahan dipercayai ibu bapa empat beradik ditinggalkan di pondok pengawal | Scoop

Dua ditahan dipercayai ibu bapa empat beradik ditinggalkan di pondok pengawal

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Hafezul Helmi Hamzah berkata kedua-dua individu itu ditahan dalam tangkapan yang berasingan selepas menerima laporan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kampung Gajah

9:45 AM MYT

 

IPOH – Polis menahan dua individu dipercayai ibu bapa kepada empat beradik yang ditinggalkan di hadapan pondok pengawal Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah dekat Kampung Gajah, 23 Nov lepas.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Hafezul Helmi Hamzah berkata kedua-dua individu itu ditahan dalam tangkapan yang berasingan selepas pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kampung Gajah.

“Polis menahan lelaki terbabit pada Isnin lepas serta merampas sebuah motosikal Modenas Kriss berwarna biru serta pakaian yang digunakan lelaki itu semasa kejadian.

“Polis juga turut berjaya menahan seorang wanita semalam dan merampas sebuah telefon bimbit. Kedua-dua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah untuk siasatan lanjut kes ini,” katanya dalam kenyataan.

Hafezul Helmi berkata siasatan dilakukan di bawah Seksyen 33 (a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana membiarkan kanak-kanak ditinggalkan tanpa pengawasan yang sewajarnya.

Menurutnya, siasatan berkenaan kejadian itu masih dijalankan dan orang awam dinasihatkan untuk tidak menyebarkan sebarang maklumat atau berita tidak sahih yang boleh menggusarkan masyarakat setempat.

Pada Jumaat lepas, Hafezul Helmi berkata pihaknya menerima maklumat melalui pegawai JKM daerah kira-kira 5.39 petang pada 23 Nov berhubung kejadian empat beradik termasuk seorang bayi dipercayai ditinggalkan di hadapan pondok pengawal kompleks berkenaan.

Beliau berkata kejadian kira-kira pukul 10.50 pagi itu membabitkan dua kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dan 3 tahun, bayi lelaki berusia 10 bulan dan kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun.

Hafezul Helmi berkata berdasarkan keterangan, adik-beradik malang itu dipercayai ditinggalkan oleh seorang wanita tidak dikenali yang menaiki sebuah kereta jenis Toyota. – 29 November, 2023

Topics

 

Hangat

Related