Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
18 orang terperangkap dalam runtuhan projek pembinaan bangunan di Pulau Pinang | Scoop

18 orang terperangkap dalam runtuhan projek pembinaan bangunan di Pulau Pinang

Menurut bomba, status mangsa masih belum diketahui.

11:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — 18 warga asing dikhuatiri terperangkap dalam runtuhan bangunan yang sedang dalam pembinaan di Tapak Pembinaan Bangunan DHL, berhampiran LKIM, Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, Bayan Lepas, Pulang Pinang.

Menurut bomba, status mangsa masih belum diketahui. Bagaimanapun lima daripada mangsa difahamkan telah dikeluarkan dari lokasi dan dibawa menaiki ambulans untuk menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Pegawai Operasi Bomba Jalan Perak, Azrul Khairi Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 9.58 malam tadi.

Anggota Bomba menjalankan kerja-kerja menyelamat di tapak pembinaan bangunan di Bayan Lepas. – Gambar ihsan Bomba Pulau Pinang, 28 November, 2023

“Apabila Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian didapati terdapat runtuhan bangunan yang sedang dalam pembinaan.

“Maklumat awal terdapat 9 orang mangsa terperangkap dan kerja-kerja penyelamatan sedang dilakukan. Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,’’ katanya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Maung, Datuk Mohamad Abdul Hamid yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang mengesahkan terdapat 18 orang yang terperangkap di dalam bangunan yang masih dalam pembinaan itu.

“Saya dimaklumkan kejadian berlaku pada 8.30 malam dan 18 mangsa yang terlibat adalah warga Bangladesh,” katanya. – 28 November, 2023

Topics

 

Hangat

Related