Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Hujan lebat berterusan dijangka di beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu | Scoop

Hujan lebat berterusan dijangka di beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu dikeluarkan bagi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan serta Besut di Terengganu

12:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu dijangka mengalami hujan lebat berterusan tahap buruk bermula hari ini sehingga esok. 

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan amaran itu dikeluarkan bagi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan serta Besut di Terengganu.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai di Kelantan; Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu serta Kuantan dan Pekan di Pahang bagi tempoh sama.

Menurut kenyataan itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai cuaca terkini melalui aplikasi mudah alih myCuaca atau melayari lawan web dan media sosial rasmi jabatan tersebut.

Talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 juga boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan. – 28 November, 2023

Topics

 

Hangat

Related