KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Maybank melibatkan pindahan segera menerusi laman webnya iaitu Maybank2u dan aplikasi MAE mengalami gangguan pada masa ini dan sebagai alternatif pengguna masih boleh meneruskan transaksi pindahan secara Interbank Giro.
Maybank menerusi perkongsian di X, yang dahulunya dikenali sebagai Twitter memaklumkan pihaknya kini sedang berusaha mengenalpasti masalah yang berlaku sejak beberapa jam lalu.
“Kami dalam proses untuk memulihkan isu ini supaya perkhidmatan dapat disambung semula seperti biasa. Kami sangat menghargai kesabaran dan kerjasama anda. Terima kasih,’’ katanya.
Hi, any inconvenience caused is much regretted. Please be informed that there is a temporary service interruption for the Maybank2u website and MAE app at this time.
— Maybank (@MyMaybank) November 27, 2023
Dalam pada itu menerusi pemerhatian di media sosial, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal kerana transaksi secara dalam talian masih gagal.
“Geramnya tiada any statement pun keluar dari Maybank. Nombor tak boleh reached lepas tu tag tak layan. Dia ingat main-main ke!? Orang urgent nak guna duit tau,” kata @MalAhsan_.
“Buat pindahan RM6,000 kepada bank CIMB saya. Amaun dah tolak dari Maybank tetapi tak masuk akaun CIMB. Yang membuatkan ia lebih teruk ialah apabila tiada satu pun talian perkhidmatan kamu berangkat!” kata @RanjitR41309641.
what… tabung MAE dah tak ada. Saving dalam tu banyak kot….@MyMaybank helo?
— Irdina 🇵🇸 (@nurirdinaco) November 27, 2023
Sementara itu, seorang pengguna X, @dhaniyahsopian mengadu wang simpanan yang diletakkan di bawah fungsi ‘tabung’ di aplikasi MAE juga ‘hilang’ dipercayai akibat daripada masalah berkenaan.
“Hi Maybank, please help, tabung dekat MAE semua hilang. I have money save in there. What is going on?” katanya sebelum memaklumkan amaun wang dalam tabung tersebut sudah kembali normal selepas melakukan pemeriksaan beberapa minit tadi. – 27 November, 2023