Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Jubah konvokesyen universiti awam mana paling ‘style’?: KPT | Scoop

Jubah konvokesyen universiti awam mana paling ‘style’?: KPT

Kementerian itu meletakkan soalan berkenaan di Facebook sebagai mengikut trend semasa susulan tular jubah konvokesyen USM dikatakan paling cantik dan bergaya

4:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Foto jubah konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM) yang tular sejak beberapa hari lalu dan dipuji cantik dalam kalangan netizen, turut mendapat perhatian Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Menerusi Facebook, KPT memuatnaik ‘persoalan’ jubah konvokesyen universiti awam (UA) mana yang dirasakan warga maya paling bergaya sempena musim konvokesyen ketika ini.

KPT turut meletakkan 20 nama UA dan meminta warga maya membuat pilihan manakah antara jubah konvokesyen universiti awam itu dirasakan cantik di mata mereka.

Universiti itu adalah USM, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

Turut disenarai Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Jubah konvokesyen UiTM – Gambar UiTM, 27 November, 2023

“Jubah konvokesyen universiti awam mana yang paling ‘style’ (bergaya)?

“Bersempena dengan musim konvokesyen yang sedang hangat berlangsung kini, ramai pelajar berkongsi momen bersama jubah konvokesyen masing-masing sehingga menjadi sohor kini di media sosial.

“Jadi, ayuh! Kongsikan momen tersebut bersama kami dan lihat jubah konvo mana yang paling bergaya!” tulisnya.

Hantaran itu menerima hampir 700 tanda suka dengan dikongsi ratusan pengguna dalam tempoh kurang dua jam.

Rata-rata warga maya menamakan UA pilihan mereka, dengan kebanyakan menyatakan jubah konvokesyen universiti yang pernah mereka menuntut ilmu sebagai tetap di hati.

Terdahulu, sejak beberapa hari lalu, tular foto memaparkan jubah konvokesyen USM digayakan graduan institusi pengajian tinggi itu dipuji cantik.

Jubah konvokesyen USM yang dikatakan cantik hingga tular di media sosial. – Gambar media sosial, 27 November, 2023

Malah, netizen mengatakan ia sebagai jubah konvokesyen paling popular dan tercantik antara semua universiti ketika ini.

Rekaan itu juga dianggap bersesuaian dengan jiwa anak muka yang gemar bergaya dan berfesyen atau OOTD (pakaian hari ini) untuk berkongsi gambar berkenaan di media sosial masing-masing.

Lebih menarik, kecantikan jubah USM itu menjadi antara tarikan dan pendorong kepada anak muda serta remaja yang masih bersekolah untuk menyambung pengajian ke universiti satu hari nanti.

“Nak masuk USM la, sebab jubah konvo lawa,” kata seorang netizan.

Ada netizen pula berpendapat usaha USM ‘memperbaharui’ jubah universitinya dengan elemen moden, ringkas dan ‘ranggi’ untuk menampakkan pakaian dipakai graduan pada hari istimewa itu, cukup baik.

Ia kerana graduan pastinya sudah mengeluarkan perbelanjaan besar untuk menempah atau membeli pakaian baharu, jadi sudah pasti mereka lebih gembira jika ia dapat ditonjolkan bersama jubah ketika naik ke pentas untuk menerima skrol dan merakamkan gambar kenangan.

Menerusi pemerhatian di gambar jubah itu yang dikongsi seorang pengguna di media sosial, USM menggunakan warna ‘simbolik’ universiti berkenaan sebagai warna asas pakaian berkenaan.

Dengan konsep minimalis tanpa sulaman, tetapi mempunyai belahan di lengan jubah dan tengah terbuka, ia nyata terletak kemas di bahu serta cantik. – 27 November, 2023

Topics

 

Hangat

Four found dead after Pinkfish NYE concert in Sunway Lagoon, say cops

KUALA LUMPUR — Police have confirmed the deaths of two men and two women, all locals, who attended an electronic dance music (EDM) concert in Bandar Sunway, Subang Jaya, on Tuesday. Selangor Police...

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Malaysia Airlines and the return to chocks: Safety, statistics, and perception – Capt. Kamil

Why does MAS face scrutiny while other carriers remain unchallenged?

Related