Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Anwar arah semua kementerian kurangkan gula dalam jamuan | Scoop

Anwar arah semua kementerian kurangkan gula dalam jamuan

PM juga mahu rakyat mengurangkan pengambilan gula dalam makanan, Malaysia paling tinggi diabetes

3:12 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan semua kementerian untuk memastikan amalan kurangkan gula dilaksana dalam setiap jamuan.

Ketika menyeru rakyat untuk mengurangkan pengambilan gula dalam makanan bagi mengelak risiko penyakit diabetes, Anwar mengarahkan semua kementerian melaksanakan kempen kurangkan gula dalam pemakanan.

“Laporan (menunjukkan) penyakit kencing manis diabetis paling tinggi di Asia itu di Malaysia… ini bukan urusan Kementerian Kesihatan (KKM) sahaja.

“Kita patut jadi negara sihat kerana Islam itu menekankan keperluan jaga kesihatan tetapi Malaysia nombor satu dari segi penyakit kerana menelan, menghirup gula berlebihan,” katanya.

Berucap merasmikan Karnival Usahawan Desa KUD@Putrajaya 2023 di sini hari ini, Anwar turut meminta para usahawan untuk membantu memastikan penggunaan gula dikawal.

“Saya rasa kesal Malaysia dengan kesedaran Islam, dakwah tazkirahnya, tetapi diabetes tinggi maknanya kesedaran kepentingan kesihatan tidak dikawal,” katanya.

Khamis lalu, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, dapatan hasil kajian Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 mendapati prevalens kencing manis di Malaysia adalah tertinggi di Asia Tenggara yang mana mencatatkan peningkatan ketara daripada 11.2 peratus pada 2011 kepada 18.3 peratus pada 2019.

Dr Zaliha berkata, KKM akan melancarkan satu pelan advokasi gula dalam masa terdekat. – 25 November, 2023

Topics

 

Hangat

Related