Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Dakwaan gangguan seksual: KP APMM selesai beri keterangan, berjaya elak diserbu media | Scoop

Dakwaan gangguan seksual: KP APMM selesai beri keterangan, berjaya elak diserbu media

Hamid bagaimanapun meninggalkan IPD Putrajaya dengan menaiki kenderaan lain tanpa disedari petugas media yang berkumpul sejak jam 1 petang tadi

3:10 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Datuk Hamid Mohd Amin sudah selesai memberi keterangan berhubung siasatan kes gangguan seksual terhadap seorang wanita.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain seperti dilaporkan Bernama berkata, tiga lagi saksi akan dipanggil untuk membantu siasatan.

Menurut sumber, Hamid tiba di Ibu Pejabat Polis (IPD) Putrajaya kira-kira jam 2 petang tadi dengan menaiki kenderaan jenis Proton X70.

Sumber itu kemudian memaklumkan Hamid selesai memberi keterangan pada jam 4.30 petang dan beredar dengan menaiki kenderaan lain.

Tindakannya itu menyebabkan beliau berjaya meloloskan diri daripada petugas media yang menunggu sejak jam 1 petang tadi untuk mendapatkan kenyataannya berhubung dakwaan tersebut.

Petugas media menunggu kehadiran Ketua Pengarah APMM ke IPD Putrajaya. – Azim Rahman/23 November, 2023

Terdahulu, petugas media berkumpul di IPD Putrajaya untuk menunggu kehadiran Hamid yang dikatakan sepatutnya hadir pada jam 2.30 petang hari ini bagi dirakam keterangan.

Namun sehingga jam 2.45 petang, kenderaan yang membawa Hamid masih belum kelihatan di IPD Putrajaya.

Hamid sebelum ini menyatakan beliau sedia memberikan kerjasama kepada pihak polis berhubung siasatan kes gangguan seksual terhadap seorang wanita yang didakwa mengaitkan dirinya.

Unit Komunikasi Korporat APMM menerusi kenyataan berkata, bagaimanapun isu terbabit disifatkan peribadi yang boleh mencemarkan reputasi dan maruah Hamid, malah menjejaskan imej agensi itu sebagai badan penguatkuasaan.

Sebelum ini, seorang konsultan kewangan dipercayai membuat laporan polis di Shah Alam, Selangor atas dakwaan dia diganggu secara seksual seorang individu berpangkat tinggi dalam sebuah agensi kerajaan.

Menurut sumber, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Datuk Hamid Mohd Amin tiba di Ibu Pejabat Polis (IPD) Putrajaya kira-kira jam 2 petang tadi dengan menaiki kenderaan jenis Proton X70. – Gambar Bernama, 23 November, 2023

Malah, wanita itu mendakwa individu terbabit turut menghantar mesej dan video lucah.

Wanita berusia 39 tahun itu juga mendakwa dia mengalami kemurungan, sehingga mengakibatkan prestasi kerjanya merudum gara-gara insiden terbabit.

Memetik laporan media, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan menerima laporan daripada mangsa dan berkata kes itu disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman – 23 November, 2023

Topics

 

Hangat

Related