Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Stigma gelombang hijau berbahaya, boleh benihkan sentimen perkauman: Peja | Scoop

Stigma gelombang hijau berbahaya, boleh benihkan sentimen perkauman: Peja

Ungkapan kerajaan Taliban, juga sengaja dicipta sesetengah pihak untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu

1:11 PM MYT

 

SHAH ALAM – Tindakan mengaitkan fenomena gelombang hijau (green wave) dengan kebangkitan sokongan pengundi Melayu dan Islam terhadap Perikatan Nasional (PN) dikhuatiri boleh membenihkan sentimen perkauman atau merendahkan sesuatu kaum.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, stigma ‘kerajaan Taliban’ sebaik sahaja PN memenangi 74 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu, juga sengaja dicipta sesetengah pihak untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu.

“Kata-kata seperti ekstremis, ‘dark ages’ (zaman gelap) dan ‘non-progressive’ (tidak progresif) yang dikaitkan dengan kepemimpinan Islam amat menyinggung perasaan.

“Stigma ‘Taliban’ dan ‘Green Wave’ amat berbahaya kerana boleh membenihkan sentimen perkauman. Dalam jangka masa panjang ia tentu akan lebih berbahaya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Srikandi dan Armada Bersatu Nasional kali kelima di sini, hari ini.

Hadir sama Naib Presiden, Datuk Seri Dr Radzi Jidin; Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ketua Armada, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Ketua Srikandi, Datuk Seri Rina Harun.

Tegasnya lagi, stigma tersebut yang disifatkannya amat menyinggung perasaan kepimpinan Islam harus dihentikan.

“Kerajaan PN sebelum ini bukanlah kerajaan ekstremis atau rasis seperti yang cuba dilabelkan. 

“Kerajaan PN merupakan sebuah kerajaan yang berasaskan kepentingan rakyat tanpa mengira kaum atau agama,” katanya.

Pada masa sama, Ahmad Faizal atau lebih dikenali sebagai Peja berkata, Bersatu yang bersama-sama PAS dalam gabungan PN semakin diterima orang Melayu berbanding Umno.

“Kita sedang melalui keadaan politik yang tidak biasa dilalui. Bersatu semakin diterima oleh kaum Melayu berbanding dengan Umno.

“Musuh-musuh politik PN sebolehnya mahu menggagalkan kerjasama ini. Pada masa sama, mereka cuba menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu dengan mencipta ungkapan ‘Pemerintahan Taliban’,” katanya. – 23 November, 2023

Topics

 

Hangat

Related