Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Jalan susur dari Semantan menghala ke Kuala Lumpur ditutup mulai Sabtu ini | Scoop

Jalan susur dari Semantan menghala ke Kuala Lumpur ditutup mulai Sabtu ini

Penutupan jalan itu bagi membolehkan kerja pembinaan fasa kedua jalan raya bertingkat di laluan tersebut

10:03 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jalan susur dari Semantan menghala ke Kuala Lumpur akan ditutup sepenuhnya bermula Sabtu ini sehingga 31 Disember depan bagi membolehkan kerja pembinaan fasa kedua jalan raya bertingkat di laluan tersebut.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi satu kenyataan memaklumkan, sebagai laluan alternatif pengguna dari Bukit Damansara/Jalan Beringin yang melalui Persimpangan Setiabudi perlu mengambil Jalan Johar untuk menghala ke Kuala Lumpur.

“Untuk makluman, Jalan Johar akan diubah kepada laluan dua lorong.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi isyarat papan tanda dan arahan polis trafik sebagai panduan dan langkah keselamatan bagi mengelakkan kekeliruan serta kesulitan,” katanya.

Dalam pada itu, DBKL turut memaklumkan, sebarang pertanyaan mengenai jalan terbabit, orang ramai boleh menghubungi WCT Berhad di talian 017-880 7090 (Braba) dan Jabatan Kejuruteraan Awam dam Saliran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di talian 03-2617 9000 (waktu pejabat).

Selain itu, katanya, pertanyaan juga boleh diajukan kepada Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd (SPRINT) di talian 03-7434 7333. – 23 November, 2023

Topics

 

Hangat

Related