KUALA LUMPUR – Bahang konsert kumpulan rock dari Britain, Coldplay yang akan bermula 9 malam ini, semakin terasa apabila penonton mula berkongsi foto dan video memaparkan suasana dalam Stadium Nasional Bukit Jalil di sini yang menjadi lokasi persembahan.
Hanya dalam tempoh kurang sejam sebelum konsert bermula, kawasan berkenaan dipenuhi puluhan ribu penonton yang sudah bersedia menanti dan menyaksikan persembahan daripada kumpulan kesayangan mereka itu.
“Akhirnya sudah berada di dalam (stadium),” kata pengguna akaun @kangdankookie. – 22 November, 2023
“Hadir! I love my seat so much (saya sangat suka kedudukan tempat duduk saya),” tulis @merxnism.
“Saya sudah berada di dalam. Akhirnya selepas bertahun menanti. Coldplay Malaysia ‘here we gooo’”,” ujar @perfectcildplay.
“Masih seperti tidak percaya saya berada di dalam stadium sekarang untuk menonton konsert Coldplay sebentar lagi,” kata seorang pengguna.
Full house!!! #COLDPLAYinKL pic.twitter.com/7tSY9gDDfK
— – (@AidilFaisal_) November 22, 2023
Sementara itu, video dikongsikan segelintir peminat menunjukkan kesemua tempat duduk sudah penuh.
Ada pula peminat berkongsi video memaparkan peminat bangun menyanyikan lagu Negaraku menjelang bermulanya konsert itu.
Terdahulu, Coldplay yang mencatat rekod sebagai antara kumpulan yang berjaya menjual tiket terbanyak dan terlaris di dunia, dilaporkan tiba di Malaysia awal pagi semalam bagi menjayakan siri konsert dinamakan Coldplay: Music of The Spheres World Tour itu di negara ini.
Susulan penganjurannya, orang ramai diingatkan supaya menjaga tatasusila, termasuk tidak melakukan provokasi dan mengelak daripada mencetuskan kekacauan semasa atau selepas persembahan konsert.
Oh this is very refreshing for me. We get to be very proud Malaysians at concerts😤🇲🇾
— 매일 딸기⁷ is seeing COLDPLAY🍓 (@ddalgi_kv) November 22, 2023
(it's my first time attending concerts in Msia hence I never experienced this*)#COLDPLAYinKL #ColdplayinMY #coldplayinmalaysia pic.twitter.com/O8b9cj0rhZ
Ketua Polis Cheras, Asistan Komisioner Zam Halim Jamaluddin menegaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas ke atas apa-apa pelanggaran undang-undang sempena penganjuran konsert berkenaan.
Beliau berkata, sebagai pihak berkuasa, PDRM juga sudah membuat persiapan rapi, bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjamin.
Katanya, persiapan itu bukan sahaja membabitkan pemeriksaan dan pemantauan di lokasi, malah kelancaran lalu lintas. – 22 November, 2023