Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Ahli Parlimen Maran dirawat di IJN | Scoop

Ahli Parlimen Maran dirawat di IJN

Perkara itu dimaklumkan Johari sebelum memulakan persidangan Dewan Rakyat, pagi ini

10:31 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN).

Perkara itu dimaklumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul sebelum memulakan persidangan Dewan Rakyat, pagi ini.

“Saya nak maklumkan bahawa sahabat kita Maran, berada di CCU, IJN. Jadi beliau tidak boleh dilawati,” katanya.

Johari turut meminta semua Ahli Parlimen supaya mendoakan agar Ismail diberi kesembuhan dengan segera.

“Namun kita berdoa agar sahabat kita dilindungi Allah dan sembuh dengan segera,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) November lalu, Ismail berjaya mempertahankan kerusi Maran dengan majoriti 1,821 undi.

Beliau memperoleh 19,600 undi menewaskan pencabarnya, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin dari Barisan Nasional (BN) yang hanya meraih 17,779 undi.

Pada PRU-14 lalu, Ismail memenangi kerusi berkenaan atas tiket BN, menewaskan pencabarnya dari PAS dan PKR. – 21 November, 2023

Topics

 

Hangat

Related