Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Peguam syak polis bocor laporan dibuat bekas KP J-Kom, Agus | Scoop

Peguam syak polis bocor laporan dibuat bekas KP J-Kom, Agus

Faizal Rahman berkata, laporan yang dibuat oleh Agus sebelum ini telah terdedah justeru pihaknya mengesyaki ada kebocoran maklumat dalaman di peringkat polis

7:57 PM MYT

 

KAJANG –  Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-kom), Datuk Mohammad Agus Yusoff telah membuat laporan polis ke atas polis kerana mengesyaki berlaku kebocoran maklumat mengenai laporan yang dibuat sebelum ini.

Peguamnya, Faizal Rahman berkata, laporan yang dibuat oleh Agus sebelum ini telah terdedah justeru pihaknya mengesyaki ada kebocoran maklumat dalaman di peringkat polis.

“Kita tak nak buat apa-apa spekulasi cuma kita mempersoalkan maklumat itu (datang) daripada PDRM (Polis Diraja Malaysia) justeru PDRM perlu bertanggungjawab.

“Kes ini sedang disiasat sebagai jenayah terkelas jadi bagaimana laporan polis yang penting boleh terdedah dan kita minta PDRM untuk adakan satu lagi siasatan (berhubung hal ini),” katanya ketika ditemui pemberita di luar IPD Kajang, hari ini.

Datuk Mohammad Agus Yusoff telah memberi keterangan selama tiga jam kepada polis hari ini. – Azim Rahman/Scoop, 20 November, 2023

Faizal mengiringi Agus yang dipanggil memberi keterangan kepada polis berhubung penularan klip video perbualan lucah melibatkan individu mirip Agus dan Penolong Pegawai J-Kom, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani.

Dalam keterangannya, Agus menyatakan sudah mendedahkan identiti ‘Mr H’ kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Sebelum ini, Agus dan Abdul Wahab dalam satu sidang akhbar mendakwa video perbualan mereka yang tular di media sosial sebenarnya sudah disunting.

Sementara itu, Faizal turut memaklumkan Wahab akan dipanggil memberikan keterangan kepada polis dalam masa terdekat.

“Wahab akan dipanggil pihak polis, cuma tak tahu lagi bila tapi dalam masa terdekat ini.

“Banyak faktor kita ambil kira terutamanya isu keselamatan (Wahab) apa pun pihak kami akan sentiasa beri kerjasama pada polis,” katanya.

Sebelum ini, Agus dan Abdul Wahab dalam satu sidang akhbar mendakwa video perbualan mereka yang tular di media sosial sebenarnya sudah disunting.

Abdul Wahab mendakwa telah diarahkan oleh individu bernama ‘Mr H’ untuk merekod video perbualannya bersama bekas Ketua Pengarah J-KOM itu. – 20 November, 2023 

Topics

 

Hangat

Related