Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
PAS tepu: ‘Kenyataan Muhyiddin tak timbul isu, hanya orang mahu cucuk saja’ | Scoop

PAS tepu: ‘Kenyataan Muhyiddin tak timbul isu, hanya orang mahu cucuk saja’

Idris berkata, ketika ini terdapat banyak percubaan pihak tertentu, termasuk individu yang mahu melihat PAS berbalah dan keluar daripada PN

2:57 PM MYT

 

PUTRAJAYA – ‘Sokongan tepu’ terhadap PAS sebelum menyertai Perikatan Nasional (PN) hanya sekadar tajuk berita yang disensasikan pihak tertentu untuk mengambil kesempatan dan cuba melaga-lagakan parti dalam gabungan itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad berkata, justeru tidak timbul isu berhubung kenyataan dikeluarkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, baru-baru ini.

Katanya, ketika ini terdapat banyak percubaan pihak tertentu, termasuk individu yang mahu melihat PAS berbalah dan keluar daripada PN.

“Sebenarnya apabila dibaca dengan teliti, isu itu hanya di tajuk sahaja, tetapi di dalamnya tidak sedemikian dan lain.

“Jadi tidak timbul sebarang isu sekali pun, hanya orang mahu cucuk (melaga-lagakan) kerana ada pihak dan individu mahu lihat PAS keluar daripada perikatan (PN),” katanya kepada pemberita selepas Himpunan Selamatkan Syariah di sini, hari ini.

Terdahulu, dalam temu bual bersama sebuah portal, Muhyiddin menyifatkan sokongan rakyat terhadap rakan politiknya, PAS sudah ‘tepu’ sebelum parti itu menjalinkan kerjasama membentuk PN.

Presiden Bersatu itu berkata, ketika PAS bergerak solo, parti Islam terbabit tidak merekodkan jumlah kemenangan besar, seperti dinikmati kini, termasuk menang di empat negeri serta hampir menawan Selangor.

Jelasnya, kedudukan parti itu mula melonjak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) apabila bekerjasama dalam PN.

Selain itu, beliau berkata, PAS sentiasa komited untuk mengukuhkan kerjasama dengan parti lain dalam PN pada masa hadapan.

“Kita akan perkukuh, saling bantu-membantu dan menolong bagi memastikan PN kuat, dipercayai rakyat.

“Malah, te jemahan ini dapat disaksikan pada Pilihan Raya Kecil (PRK), Kemaman,” katanya. – 20 November, 2023

Topics

 

Hangat

Related